Sinopsis

Nadra was born on 24 March 1937 to a Dutch family living in Thjimahi, near Bandung, Indonesia. Her father, Adrianus Petrus Hertogh, came to Java in the 1920s as a sergeant in the Royal Netherlands Indies Army. He married Adeline Hunter, a Eurasian of Scottish-Malay descent brought up in Indonesia, in the early 1930s.

When World War II broke out, Sergeant Hertogh was captured by the Imperial Japanese Army and sent to a POW holding facility in Japan, where he was kept till 1945.

Meanwhile, Adeline Hertogh stayed with her mother, Nor Louise (muslim), and her five children, among whom Maria was the third and youngest daughter. On December 29, 1942, Mrs. Hertogh gave birth to her sixth child, a boy. Three days later, Maria went to stay with Aminah binte Mohammad, a 42-year-old malay woman and a close friend of Nor Louise.

This controversial transfer of custody, reversed in a Singaporean court eight years later, was the centre and opening episode of the tragic riots that were to come.

Nadra's Words...

Nadra's ex husband (Mansor Adabi) used to say sadly: " Until today, everyone has written that Aminah (Nadra's foster mother) was a maid servant. Justice Brown, who presided Nadra's case,mentioned that Aminah should be described as belonging to the bourgeosie or middle class. He then mentioned Han Suyin, the renown author, who corresponded with him. 'In one of her book, Mortal Flower, Aminah was described as a maid servant.

Nadra told the Dutch newspaper that she never wanted to come back to Holland. Her foster mother, Aminah, was not a servant. She said:

She was a Japanese language teacher. She helped my mother to a great deal during the Japanese occupation. My mother gave my brother Benny and myself to Aminah. Aminah sent Benny back as she could not look after him. Aminah also gave my mother a sewing machine. My mother lied that Aminah took me and ran away. My grandmother knew the truth. I had been with Aminah for a long time and when little Karen was born. I went home to see him, even I even slept at home that night. Mother came every month to Aminah's house and then she would comb my hair.

The truth revealed by Nadra (Maria Hertogh) suprised everyone. One newspaper reported:

How we welcome the news. We reported everything. We reported a happily laughing Maria returning home...We reported...hundreds of people broke through the police cordon...We reported how maternal love triumphed...but failed to report that Maria was totally miserable.



The Truth Background of Aminah (Nadra's foster mother)


Aminah binti Mohamed came from a respected Malay family in Kemaman, Terengganu in the East Coast o Peninsular Malaya (Malaysia since 16th September 1963). In 1919, at the age of nineteen, Aminah married one Abdul Rani fom Perak who was then the private secretary to the Sultan of Terengganu. Soon after their marriage, the couple moved to Tokyo and lived there for nearly ten years during which time they both became fluent in the Japanese language. Because they had no children of their own, Aminah adopted a Japanese girl and brought her to her hometown Kemaman. They named her Kamariah. A few years after their return from Japan to Malaya, Abdul Rani died.

Aminah, the widow, then re-married one Maarof bin Haji Abdul, a jeweller in Bandung. As a businessman, Maarof used to travel widely in the South-East Asian region and in one such travel with her husband, Aminah met Nor Louise (Nadra's grandmother) in Singapore. Consequently, their relationship grew and they became very close friends.

They visited one another frequently and Nor Louise used to take Aminah to her daughter, Adelaide (Nadra's mother)'s house. During these visits, they confided in each other their aspirations and their problems as well. Louise sympathised with Aminah for not having any children and suggested that she adopt a child but Aminah was not enthusiastic about it as she had already adopted a Japanese child.

From there, they become close friend untill Japanese occupation in which Adelaide asked Aminah if she would like to have one of her children.

The story started here and went on till real life drama about the two women who fought for the Custody of a thirteen-year old girl (Nadra) happened a few years later.

Wednesday, September 2, 2009

Friday, July 17, 2009

Imbauan Kisah Natrah

BARU SUBUH ini saya mendengar berita kematian Bertha Hertogh atau Maria Heberania Hertogh atau lebih dikenali dengan nama Natrah di Malaya ini. Beliau meninggal dunia dalam usia 72 tahun di kediamannya di Huijbergen, Belanda, begitulah laporan berita. Natrah adalah satu nama yang cukup nostalgik bagi umat Islam negara ini. Satu nama yang boleh menitiskan air mata bila menghimbau sejarah dan kisah yang melakari hidupnya. Mereka yang mengingati kepada Natrah atau hidup sezaman dengannya akan memalingkan kenangan kepada tragedi yang pada 1950 yang meletus di Singapura sebegitu mendengar nama Natrah disebut
Mungkin juga perasaan sebak dan terharu akan memenuhi diri apabila mengenangkan nasib dan liku-liku kehidupan yang pernah ditempohi Natrah yang begitu sulit, tragis dan menyedihkan.
Sebenarnya perjalanan Natrah atas dunia ini sungguh mencabar peribadinya dan tidak terungkap oleh sesiapa pun secara hakiki.

Natrah tidak asing kepada mereka yang cintakan Islam bukan saja di negara ini bahkan umat Islam di seluruh dunia juga. Tragedi yang menimpa dirinya dan juga gara-garanya menjadi lambang kepada betapa pengorbanan umat Islam dalam membela agamanya terlalu tinggi dan luhur. Umat Islam bukan saja sanggup melakukan apa saja, hatta darah untuk menjaga kesucian agamanya sanggup digadai.
Tragedi yang berlaku di sebalik pencaroba dilalui Natrah adalah satu simbol dan papan tanda sejarah untuk umat Islam negara ini khususnya, yang mungkin sengaja dicetuskan Tuhan dengan tujuan-tujuannya yang harus ditafsirkan dengan makrifah mendalam. Justeru apa yang berlaku di sebalik diri Natrah tidak boleh dilupakan atau dihayati bagaikan menelaah buku sejarah saja. Ia perlu diingat dan diambil sebagai iktibar berguna.
Sebaik mengetahui berita kematiannya, Rabu lalau saya melayari internret mencari kisah-kisah mengenai Natrah. Membaca semula kronologi apa yang berlaku terhadap diri Natrah. Ringkasnya, Natrah seorang gadis berbangsa Belanda yang menjadi polimek dan rebutan dua agama dan dua budaya. Agama Islam dan Kristian dan budaya Melayu dan Belanda. Secara tidak langsung Natrah juga menjadi penguji kepada sejauh mana keimanan umat Islam negara ini.Natrah dilahirkan di Tjimah, Jawa, Indonesia pada 24 Mac 1937 dari sepasang suami isteri berbangsa Belanda beragama Khatolik, Adrimus Petrus Hertogh, seorang sarjan askar dan ibunya bernama Adeline.
Semasa berusia lima tahun beliau diserahkan oleh ibunya dan neneknya Nor Louisyen kepada seorang penjual kain batik berasal dari Kemaman, Terengganu, Che Aminah Mohammad. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah adalah demi melindungi anaknya itu. Ia dipercayai dilakukan bertolak dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
Saat itu anti dan sentimen kebencian rakyat kepada Belanda di Indonesia memuncak. Mungkin atas kasih sayang seorang ibu kepada anak dan firasatnya demi menyelamatkan nyawa anaknya, Adeline menyerahkan kepada Che Aminah. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah ini tidak diketahui oleh bapanya yang ketika itu yang dalam tawanan Jepun.Che Aminah menerima tanggungjawab dan amanah Adeline itu dengan membawa balik Natrah ke Malaya menerusi Singapura. Bermula pada hari itu Che Aminah menerima Natrah sebagai anak kandungnya sendiri, malahan lebih dari itu. Bagi Che Aminah, Natrah bukan sekadar anak tetapi jiwanya. Di Terengganu dalam penjagaan Che Aminah, Natrah menjalani kehidupan baru dan selamat dunia akhirat. Beliau diberikan didikan budaya dan agama yang dianuti Che Aminah, agama Islam dan budaya Melayu.
Natrah dibesarkan dalam keadaan penuh kasih sayang dan hormat. Untuk menjamin dan menjaga keselamatan Natrah Che Aminah mengahwinkan Natrah dengan Mansor Adabi seorang guru ketika Natrah berusia 13 tahun dan Mansor 22 tahun. Perkahwinan ini adalah perkahwinan gantung kerana Natrah masih gadis sunti. Ia berlaku selepas keluaraga Natrah cuba menuntut Natrah dan sebagai ikhtiar Che Aminah menyelamatkan pertiwi jiwanya itu.Kehidupan aman bahagia yang dilalui Nartrah bersama ibu barunya itu bagaimana pun terganggu apabila Adrimus sekembali ke Belanda mencari anaknya dan menuntut semula agar ia dikembalikan kepadanya. Di sinilah Natrah mula menjadi isu, polemik dan juga akhirnya mencetuskan tragedi berdarah.Ayahnya menuntut Natrah di mahkamah di Singapura agar dikembalikan kepadanya yang berhak. Dalam perbicaraan ini Che Aminah berjaya memperolehi hak penjagaan ke atas Natrah. Bagaimanapun ia tidak berakhir di situ. Adrimus terus menuntut Natrah atas alasan Natrah tidak boleh dikahwinkan dengan Masnor.Undang-undang Belanda digunapakai di mana menurut undang-undang Belanda wanita di bawah umur 16 adalah menjadi hak dan kewajiban keluarga bagi memutuskan masa depannya termausk dalam soal agama, perkahwinan dan sebagainya. Tuntutan ini diperolehi oleh Adrimus.Keputusan mahkamah itu menyebabkan pada 12 Disember 1950, Natrah dirampas semula oleh keluarganya dan dibawa balik ke Belanda. Keputusan ini sudah tentu sesuatu yang berat bagi Natrah dan memilukan hati Che Aminah dan seluruh umat Islam.
Keputusan mahkamah ini meninggalkan rasa pedih dan satu tamparan kepada umat Islam. Bagi Che Aminah dan keluarganya usahlah diceritakan lagi. Anak yang selalu didodai dan dijaga bagaikan meruntun kelopak yang sedang berkembang mewangi, kehilangan Natrah seolah segala kehidupan Che Aminah dan juga Mansor bagaikan terpadamnya mentari dan bulan.
Mungkin keputusan mahkamah yang memberi hak kepada keluarganya menjaga Natrah tidak menimbulkan kemarahan. Tetapi apabila mahkamah juga memutuskan Nartrah dijadikan Khatolik (kembali ke agama asal orang tuanya) inilah yang menimbulkan kemarahan dan menderaukan darah.Kemurtadan inilah menyebabkan berlakunya rusuhan. Umat Islam tidak boleh menerima kejadian ini kerana ia mencabar seluruh kehidupan mereka. Keputusan itu seolah menginjak-injak kesucian agama mereka.Rusuhan berlaku kerana atas keyakinan demi menjaga akidah Natrah. Umat Islam bangkit cuba mempertahankannya. Dalam rusuhan ini seramai 18 orang terbunuh dan beratus-ratus cedera. Perisitwa dan tragedi ini adalah terbesar berlaku yang bertolak dari sentimen keagamaan. Tragedi inilah juga yang menjadi sejarah hitam bagi Natrah dan umat Islam Malaya ketika itu.Mengenai meletusnya tragedi ini, Natrah tidak boleh dipersalahkan. Beliau tidak boleh berbuat sesuatu. Dalam usianya itu dia hanya mengikut saja. Ia tertakluk dibawa kekuasaan siapa yang kuat dan berkuasa. Natrah hanya sebuah piala rebutan antara keluarganya (Kristian) dengan umat Islam Malaya.Yang jelasnya pemulangan Natrah ke Belanda menerusi keputusan mahkamah itu tidak menyeronokkannya? Betapa tidak Natrah terpaksa meninggalkan dua jiwa, ibunya (Che Aminah) dan suaminya (Mansor Adabi) serta kehidupan hakikinya di bawah penjagaan Che Aminah.
Sepanjang di Belanda tidak ada siapa tahu secara pasti apakah beliau berusaha untuk meloloskan diri dan kembali kepada kebahagiaan hakiki yang dinikmati di Malaya bersama Che Aminah dan Mansor Adabi serta bersama umat Islam lain. Namun surat-surat atau pesan-salam yang berlaku antara mereka menggambarkan bahawa hati Natrah masih di Malaya manakala yang berada di Belanda hanya lembaga raganya yang kosong saja.Dari catatan dan laporan mengenai perjalanan hidupnya di Belanda, ia adalah berita-berita yang mengguriskan hati menyedih. Hidup Natrah digambarkan sebagai menyeksakan. Rumah tangganya yang dibina sebanyak dua atau tiga kali runtuh berselerakan. Untuk membiayai kehidupan Natrah juga dikatakan pernah berkerja sebagai pencuci hotel dan tukang masak.Paling menghibakan hati apabila beliau juga dikatakan pernah mengalami gangguan jiwa dan ditangkap polis kerana merancang untuk membunuh suaminya. Sepanjang perkahwinan beliau dikurniakan 10 orang anak.Semoga Natrah atau Bertha Hertogh damai dalam persemadian.
[d’kota 6:10 am 10/07/09]